Copyright © Citer Teman
Design by Dzignine
Saturday, January 19, 2013

Mai Pekena Kacang Pool

Kali ni aku nak cerita tentang satu menu yang sangat popular di kalangan warga Johor Bahru iaitu Kacang Pool. Aku sebenarnya walaupun dulu pernah membesar di Johor, tapi tak pernah tau pun kewujudan kacang pool ni, yelah..dulu masa zaman kecik2 manelah tau nak jalan2 sangat, lagi2 area bandar ni, mau aku sesat tak balik rumah nanti.

Ok alkisah kepopularan kacang pool ni memang dah lama dah..tidak keterlaluan jika aku katakan semu orang johor pernah dengar tentang makanan ni. Ianya diperbuat daripada campuran kacang parang, daging kisar, telur dan beberapa bahan lain dan dimakan bersama dengan roti bakar yang tebal tapi sangat gebu yang menjadikan menu ni sangat sesuai di makan oleh sesiapa saja tanpa mengira waktu.

Kepada yang ingin merasai keenakan kacang pool ni bolehlah singgah di medan selera yang terletak betul2 disebelah balai bomba JB, atau senang kate jalan yg nak menuju ke bandar JB melalui jalan Tun Abdul Razak, kalau datang dari arah Skudai atau Tampoi, korang ikut jalan yg menghala ke pusat bandar ye (tapi bukan ikut jalan ke Danga Bay tau). Lepas tu, korang cari gerai yang tulis Kacang Pool Haji, sempoi je gerainya. Aku rase gerai nilah yg mula2 memperkenalkam kacang pool ni. Sebagai makluman, harga semangkuk ialah rm4 sahaja. 

Ok kat bawah ni aku share kan gambar2 kacang pool ni yg aku makan bersama2 dgn mak abah aku masa diorang datang ke rumah aku hari tu.


Inilah dia kacang pool..sedapnye!


Dimakan dengan roti bakar yang gebu


Mak abah aku



Ahaaa..yg ni pula aku saje je upload sebab sedap juga tauhu bakar ni, abah aku yang beriya nak, tapi memang sedaplah..tauhu bakar ni turut dijual di gerai kacang pool haji ni.





Jadi setakat ini sajelah dulu ye, nantikan post yang akan datang mengenai ABC Special yang boleh didapati di JB ni.
Thursday, January 10, 2013

Sedapnye Tiramisu

Ini adalah kali kedua wife aku buat Tiramisu..seriusly sangat sedap..tambah2 kalau bab manis, memang favourite aku, tapi wife aku lak pantang kalau aku makan benda2 yang manis2 ni, nanti jelingannye boleh tembus dada..hehe..maklumlah aku ni ade keturunan kencing manis, so die risau..tu tandenye sayang..hehe

Tapi nak buat camne, orang kate rezeki jangan ditolak. Wife aku buat Tiramisu ni sempena kedatangan mak abah aku ke rumah aku hari tu. Aku cadangkan buat simple2 je macam dadih, puding custard..semua manis2 kan?hehe.. Tapi wife aku teringin nak buat tiramisu ni, aku pun haah jela, lagi bagusss, hehe

Alkisahnye tiramisu ni aku tak tau sangat bahan2 yang digunakan untuk membuatnye, aku ni tau makan je.. Nanti aku minta resepi dari wife aku, then bolehlah share kan pada korang. Buat masa ni, korang tengok jela gambar2 ni sambil telan air liur ye..hehe..kejam giler












Haa..amacam? Nampak sedap kan? Korang sabar jela ye. Syukur aku wife aku pandai masak2 ni. Kalau beli tiramisu ni kat kedai ntah berape ringgit ek, mesti mahal kan sebab bahan2 nye pun boleh tahan gak harganye.. Ok apepun syukurlah..
Wednesday, January 9, 2013

Nasi Durian

Sekarang ni di Johor sedang musim buah durian, jadi ada banyaklah durian di jual di sini. Tapi harganya agak mahal jugaklah..sekilo RM6-8 bagi durian yang biasa. Aku tak pasti kat tempat lain macam mane harganya. Tapi yang penting, siapa yang jual durian, memang cepat naik haji :P

Tapi aku bukan nak cerita pasal harga durian, tapi aku nak cerita tentang nasi durian..haaa...korang pernah dengar tak nasi putih di makan dengan durian ? fuuhh..kalau korang tak pernah dengar, tambah2 lagi tak pernah makan, memang rugi lah hidup korang..hehe..Sebenarnya aku pun ni baru kali kedua makan nasi durian. Pertama kali aku makan masa kat rumah mak mertua aku kat Perak sane tu. Mase ayah mertua aku offer, nak makan nasi durian ke tak..aku rase pelik giler..tak pernah di buat orang. Tapi kerana rasa ingin tahu yang sangat mendalam, tambah2 lagi aku ni hantu durian, jadi aku pun terima jelah pelawaan mertuaku dengan hati yang berkobar-kobar. Fuhh...rupe-rupenya, sedaaapppppp giler tak terkata..tetibe aku terfikir, kenapalah baru sekarang aku jumpa nasi durian ni.

Cara-cara nak buat nasi durian ni senang aje:

1. Nasi putih + sedikit garam + sedikit air kosong
2. Beberapa ulas buah durian (3-4 ulas)
3. Gaulkan isi buah durian tu dengan nasi putih tadi
4. Nikmatilah dengan penuh selera :)

Senang je kan? haa..itulah dia penangan nasi durian. Aku tak taulah resepi ni datang dari mane, yang penting makan memang terangkat. Tanpa membuang masa, aku share kan gambar-gambar nasi durian yang sedap ni:



Stok simpanan buah durian aku..hehe


Nasi putih + sedikit garam + sedikit air kosong + beberapa ulas durian


Isi buah durian di gaul bersama dengan nasi putih


Fuhh..sedap nye...

Ok nanti korang cubalah buat di rumah ye. memang sangat sedap, kalau nak buat niaga pun boleh, hehe..ok jumpa lagi di post yang lain :)

Jalan-jalan di Taman Rama-Rama, Ayer Keroh, Melaka

Sebenarnya cerita ni dah lama, tapi biasalah..nama blog pun Saje Saje Nak Citer kan, so aku citer jelah walaupun citer dah basi..hehe..Pada bulan Disember yang lepas, iaitu pada 20-22hb Disember 2012, pejabat aku menganjurkan Program Team Building dan Hari Keluarga bertempat di A'Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Tapi waktu checkin nya bermula jam 3.00 petang, aku dah wife bercadang untuk jalan-jalan sekitar bandar Melaka sementara nak menunggu waktu checkin tu, lagipun kami memang tak pernah berjalan-jalan kat bandar Melaka sepanjang lepas kahwin ni walaupun aku sendiri orang Melaka, ish ish ish..teruk tul aku ek..

Jadi tempat yang paling dekat sekali apabila exit tol Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama sebab tempatnya betul-betul di sebelah kiri selepas exit tol Ayer Keroh tu. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 1.00 petang. Maka kami pun beli lah tiket untuk 2 orang, dewasa RM8.00 per head, kanak-kanak aku tak ingat pulak berapa ringgit, tapi rasanya RM6.00 kot. Mula-mula ingatkan Taman Rama-Rama ni kecik je, tapi bila dah berjalan-jalan kat dalam tu, fuhh..letih jugaklah, sebab tempatnya macam berbukit-bukit sikit, kene turun naik, slim pulak badan aku ek..hehe :P. Untuk pengetahuan anda semua, taman rama-rama ni bukan sahaja ada rama-rama je, tapi ade pelbagai haiwan reptilia turut di pamerkan seperti buaya, monyet, burung, ikan, kala jengking, ular, kura-kura dan banyak lagi.

Jadi, tanpa membuang masa, aku share kan gambar-gambar pemandangan dalam Taman Rama-Rama ni untuk perkongsian anda semua..


Pintu hadapan Taman Rama-Rama Melaka




Jinaknya rama-rama ni, boleh hinggap kat tapak tangan


Korang nampak mana rama-rama tu? haa..kat pipi aku tu..


Rama-rama di beri makan buah belimbing sebagai sumber vitamin (agaknyelah, hehe)



Sian kura-kura ni terkurung dalam kotak cermin ni..


Besarnye ulat gonggok ni..


Banyaknye ikan koi...dia akan ikut ke mana saja kita pergi


Burung ape ni ye?


Siap ade jambatan merentas sungai lagi tuu..



Tengok tuu..jinak tul ikan-ikan ni..




Kat dalam kotak cermin tu, ade banyak spesis cicak yang jarang di jumpai, besar-besar pulak tu


Huhu..banyak giler ikan koi


Klinik haiwan pun ade kat dalam ni




Ni tempat tinggal Love Bird


Aku rase burung ni yang paling popular kat dalam taman ni dan yang paling suka buat bising, nak kan perhatian la tu..nama pun Love Bird


Love Bird tengah makan


Love Bird sedang berehat didalam sangkar (tempurung kelapa)




Burung Nuri


So far, aku dan wife aku berpuas hati dengan lawatan ke Taman Rama-rama ni. Ade banyak rama-rama dan haiwan reptilia yang kitorang tak pernah tengok selama ni dapat tengok kat sini. Harga pun oklah, tempat pun kemas dan teratur. Masa kitorang datang ni, taman rama-rama ni sedang dalam proses untuk menambah lagi tempat-tempat haiwan reptilia yang baru..so makin banyaklah haiwan reptilia akan di pamerkan di sini. Jadi tunggu apa lagi..jom lah datang ke Taman Rama-rama ni :)
Friday, January 4, 2013

Tempat-tempat Pelancongan di Malaysia

Di Malaysia ni, sebenarnya banyak sangat tempat2 yang menarik untuk di lawati, cuma mungkin kita saja yang samada tidak tahu ataupun tidak sempat untuk explore tempat2 menarik ni. Situasi yang sama turut berlaku pada aku juga sebab dulu aku tak minat sangat nak berjalan-jalan ni, cuma lepas kahwin ni, bila dah ada hubungan suami isteri, aku rasa macam nak pergi semua tempat2 ni. Tapi sebelum tu, kenelah ade perancangan, terutamanya dari segi kewangan. Lelaki ni biasalah, bab duit memang berkira sikit, tapi itu tak bermaksud kedekut tapi beringat2..

Bagi aku yang bekerja makan gaji ni, target nak melancong tu setakat dalam Malaysia jelah. Tapi insyaAllah, kalau ada rezeki lebih, aku akan bawa isteri dan keluarga aku pergi melancong oversea. Bukannya nak bangga sangat melancong oversea tu, tapi sekadar nak tengok negara orang macam mana, sambil2 tu boleh tambah pengalaman. Pepatah kata, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik hujan di negeri sendiri". Betul ke pepatah aku tu? Entahlah, dulu BM tak pass..macam nilah hasilnya, hehe..

Untuk melancong ni, paling penting kita mesti ada peta pelancongan. Selepas itu, kenelah buat kajian sikit tentang latar belakang tempat yang kita nak pergi melancong tu, bunyi macam skema kan? tapi itulah yang terbaik sebenarnya untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi kelam kabut di saat2 akhir. Di sini aku nak kongsikan kepada pembaca-pembaca semua gambar2 destinasi pelancongan di seluruh negara kita ini. Secara tak langsung, aku turut menyumbang kepada promosi kempen cuti-cuti Malaysia, hehe..gambar2 ni aku ambil daripada internet je, tapi kat internet tu bersepah2, so aku kumpulkan untuk senang nak rujuk pada bila-bila masa..ok jom kita tengok !


Peta Pelancongan Cameron Highlands


Peta negeri Kelantan


Peta negeri Kedah


Peta negeri Pulau Pinang


Peta negeri Terengganu


Peta Negeri Sembilan


Peta negeri Sabah


Peta pelancongan Pulau Pangkor, Perak


Peta negeri Johor


Peta pelancongan Pulau Langkawi, Kedah


Peta negeri Melaka


Peta Negeri Sembilan


Peta negeri Perak


Peta negeri Terengganu


Peta negeri Pahang


Peta pelancongan Pulau Langkawi, Kedah


Peta negeri Sarawak


Ok, di sini juga aku share kan gambar2 destinasi pelancongan yang bersifat keriangan khas bagi sesiapa yang mencari hiburan untuk seisi keluarga seperti waterpark, safari/zoo dan sebagainya.


Malacca Wonderland


Legoland, Johor

Akhir sekali, aku share kan peta pelancongan kepulauan Hong Kong, China. Ni saje je aku letak, manelah tau kot2 satu hari nanti aku teringin nak melawat Hong Kong ni. Dulu dah pernah pergi sekali masa ikut rombongan Global Outreach Programme (GOP), best lah jugak tapi biasalah bila dah ikut rombongan ni, agak terikat dengan jadual yang dah di tetapkan.


Jadi setakat ini sajalah perkongsian peta-peta pelancongan di sekitar Malaysia yang aku mampu kongsikan. Semoga ianya dapat memudahkan anda semua untuk merancang percutian yang menyeronokkan, termasuklah aku dan wife aku :)