Bagi aku yang bekerja makan gaji ni, target nak melancong tu setakat dalam Malaysia jelah. Tapi insyaAllah, kalau ada rezeki lebih, aku akan bawa isteri dan keluarga aku pergi melancong oversea. Bukannya nak bangga sangat melancong oversea tu, tapi sekadar nak tengok negara orang macam mana, sambil2 tu boleh tambah pengalaman. Pepatah kata, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik hujan di negeri sendiri". Betul ke pepatah aku tu? Entahlah, dulu BM tak pass..macam nilah hasilnya, hehe..
Untuk melancong ni, paling penting kita mesti ada peta pelancongan. Selepas itu, kenelah buat kajian sikit tentang latar belakang tempat yang kita nak pergi melancong tu, bunyi macam skema kan? tapi itulah yang terbaik sebenarnya untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi kelam kabut di saat2 akhir. Di sini aku nak kongsikan kepada pembaca-pembaca semua gambar2 destinasi pelancongan di seluruh negara kita ini. Secara tak langsung, aku turut menyumbang kepada promosi kempen cuti-cuti Malaysia, hehe..gambar2 ni aku ambil daripada internet je, tapi kat internet tu bersepah2, so aku kumpulkan untuk senang nak rujuk pada bila-bila masa..ok jom kita tengok !
Peta Pelancongan Cameron Highlands
Peta negeri Kelantan
Peta negeri Kedah
Peta negeri Pulau Pinang
Peta negeri Terengganu
Peta Negeri Sembilan
Peta negeri Sabah
Peta pelancongan Pulau Pangkor, Perak
Peta negeri Johor
Peta pelancongan Pulau Langkawi, Kedah
Peta negeri Melaka
Peta Negeri Sembilan
Peta negeri Perak
Peta negeri Terengganu
Peta negeri Pahang
Peta pelancongan Pulau Langkawi, Kedah
Peta negeri Sarawak
Ok, di sini juga aku share kan gambar2 destinasi pelancongan yang bersifat keriangan khas bagi sesiapa yang mencari hiburan untuk seisi keluarga seperti waterpark, safari/zoo dan sebagainya.
Malacca Wonderland
Legoland, Johor
Akhir sekali, aku share kan peta pelancongan kepulauan Hong Kong, China. Ni saje je aku letak, manelah tau kot2 satu hari nanti aku teringin nak melawat Hong Kong ni. Dulu dah pernah pergi sekali masa ikut rombongan Global Outreach Programme (GOP), best lah jugak tapi biasalah bila dah ikut rombongan ni, agak terikat dengan jadual yang dah di tetapkan.
0 comments:
Post a Comment