Tuesday, November 6, 2012
Cara Mudah Untuk Daftar Haji
Alhamdulillah...hari ni, aku ngn wife aku dah selamat mendaftar untuk pergi menunaikan haji. Al-kisahnye sejak dari minggu lepas lagi dah plan nak daftar, tapi ade je halangannye...semalam pulak, tabung haji offline...huhu kaciwa sekejap kitorang. Kalo nak diikutkan tarikh yang diorang bagi, kitorang dijadualkan pegi haji pada tahun 2054...huuu..lamaaaaannyyerrrr... kire punye kire...time tu umur aku dah ngam ngam 70 tahun daaa...harap2 dapatlah pegi sane awal sikit..
So kat sini aku nak share cara-cara untuk register untuk tunaikan haji, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan :
Keperluan :
i) 1 salinan IC
ii) Buku bank tabung haji (bagi sesiapa yang belum ada akaun tabung haji, kenela buka akaun dulu ye)
iii) Perlu ada RM1300.00 dalam akaun tabung haji. Tapi jika sesape yang takde duit sebanyak tu macam aku ni, korang jangan risau. Kerajaan dah bantu kite dengan membenarkan kita gunakan duit dari Akaun II dalam KWSP untuk mendaftar. Caranya hanya perlu bawa bersama penyata kwsp bagi tahun yang terkini semasa nak register, senang je kan? Tapi korang jangan salah anggap pulak, duit dalam akaun II tu sebenarnya tak perlu dikeluarkan pun. Tabung haji cuma perlukan penyata tu sebagai bukti yang kita ada duit untuk daftar haji.
iv) Kemudian bolehla terus pegi ke mane2 kaunter tabung haji yang berdekatan. Kalau takde, bank rakyat pun boleh sebab diorang dah dilantik sebagai agen yang menguruskan pendaftaran haji.
v) Selesai :)
So, kepada korang semua, cepat2lah daftar ye.. mende baik, tak elok dilambat2kan.. ni kan sebahagian daripada rukun Islam kita yang kelima
Author:
[citer-teman]
Label:
Daftar Haji,
Haji,
Sebuah Ilmu,
Tunaikan Haji
0 comments:
Post a Comment