Copyright © Citer Teman
Design by Dzignine
Wednesday, January 9, 2013

Jalan-jalan di Taman Rama-Rama, Ayer Keroh, Melaka

Sebenarnya cerita ni dah lama, tapi biasalah..nama blog pun Saje Saje Nak Citer kan, so aku citer jelah walaupun citer dah basi..hehe..Pada bulan Disember yang lepas, iaitu pada 20-22hb Disember 2012, pejabat aku menganjurkan Program Team Building dan Hari Keluarga bertempat di A'Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Tapi waktu checkin nya bermula jam 3.00 petang, aku dah wife bercadang untuk jalan-jalan sekitar bandar Melaka sementara nak menunggu waktu checkin tu, lagipun kami memang tak pernah berjalan-jalan kat bandar Melaka sepanjang lepas kahwin ni walaupun aku sendiri orang Melaka, ish ish ish..teruk tul aku ek..

Jadi tempat yang paling dekat sekali apabila exit tol Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama sebab tempatnya betul-betul di sebelah kiri selepas exit tol Ayer Keroh tu. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 1.00 petang. Maka kami pun beli lah tiket untuk 2 orang, dewasa RM8.00 per head, kanak-kanak aku tak ingat pulak berapa ringgit, tapi rasanya RM6.00 kot. Mula-mula ingatkan Taman Rama-Rama ni kecik je, tapi bila dah berjalan-jalan kat dalam tu, fuhh..letih jugaklah, sebab tempatnya macam berbukit-bukit sikit, kene turun naik, slim pulak badan aku ek..hehe :P. Untuk pengetahuan anda semua, taman rama-rama ni bukan sahaja ada rama-rama je, tapi ade pelbagai haiwan reptilia turut di pamerkan seperti buaya, monyet, burung, ikan, kala jengking, ular, kura-kura dan banyak lagi.

Jadi, tanpa membuang masa, aku share kan gambar-gambar pemandangan dalam Taman Rama-Rama ni untuk perkongsian anda semua..


Pintu hadapan Taman Rama-Rama Melaka




Jinaknya rama-rama ni, boleh hinggap kat tapak tangan


Korang nampak mana rama-rama tu? haa..kat pipi aku tu..


Rama-rama di beri makan buah belimbing sebagai sumber vitamin (agaknyelah, hehe)



Sian kura-kura ni terkurung dalam kotak cermin ni..


Besarnye ulat gonggok ni..


Banyaknye ikan koi...dia akan ikut ke mana saja kita pergi


Burung ape ni ye?


Siap ade jambatan merentas sungai lagi tuu..



Tengok tuu..jinak tul ikan-ikan ni..




Kat dalam kotak cermin tu, ade banyak spesis cicak yang jarang di jumpai, besar-besar pulak tu


Huhu..banyak giler ikan koi


Klinik haiwan pun ade kat dalam ni




Ni tempat tinggal Love Bird


Aku rase burung ni yang paling popular kat dalam taman ni dan yang paling suka buat bising, nak kan perhatian la tu..nama pun Love Bird


Love Bird tengah makan


Love Bird sedang berehat didalam sangkar (tempurung kelapa)




Burung Nuri


So far, aku dan wife aku berpuas hati dengan lawatan ke Taman Rama-rama ni. Ade banyak rama-rama dan haiwan reptilia yang kitorang tak pernah tengok selama ni dapat tengok kat sini. Harga pun oklah, tempat pun kemas dan teratur. Masa kitorang datang ni, taman rama-rama ni sedang dalam proses untuk menambah lagi tempat-tempat haiwan reptilia yang baru..so makin banyaklah haiwan reptilia akan di pamerkan di sini. Jadi tunggu apa lagi..jom lah datang ke Taman Rama-rama ni :)

0 comments:

Post a Comment